SMK BATU MENGKEBANG

SMK BATU MENGKEBANG

Label

Tuesday, May 29, 2012

TEKNIK-TEKNIK PENCUNGKILAN DATA


TEKNIK-TEKNIK PENCUNGKILAN DATA

 Antara teknik pencungkilan data ialah pencungkilan berjadual. Seseorang penyelidik hanya Berjaya mengumpulkan kursus dan analisis bahasa jika mempunyai jadual pencungkilan data dalam sesi kerjanya. Contohnys, seseorang pengkaji yang ingin melakukan soal selidik daripada orang informan haruslah memastikan proses soal selidik berjalan dengan lancer. Dalam hal ini, penyelidik tersebut haruslah memastikan bahawa informan tersebut mempunyai masa disoal selidik agar maklumat dapat diperoleh dengan tepat. Selain itu, lokasi sesi soal selidik tersebut haruslah selesa bagi penyelidik linguistik lapangan dan informan agar bebas daripada sebarang gangguan. Dalam kaedah linguistik lapangan ini, kita harus mengelakkan diri daripada bekerja terlalu cepat dan melengah-lengahkan kerja menganalisis.

Di samping itu, teknik pencungkilan data yang seterusnya ialah pencungkilan data secara analisis. Pencungkilan data secara analisis selalunya bermula dengan pengkajian data dalam bahasa tersebut. Pencungkilan data secara analitik memerlukan contoh sesuatu morfem dan konstruksi tertentu. Selain itu, pencungkilan data secara analisis merupakan alat penguji kaedah linguistik lapangan.

Seterusnya ialah teknik pencungkilan pembetulan. Teknik pembetulan ini digunakan apabila seseorang penyelidik tersebut tidak memahami fungsi unsur-unsur yang dikajinya. Dalam hal ini, kebanyakkan penyelidik melahirkan konstruksi kepada informan untuk dibetulkan.

Selain itu, teknik pencungkilan sampingan digunakan dalam penyelidikan linguistik lapangan ini. Teknik pencungkilan sampingan ini biasanya digunakan semasa melakukan kajian analisis yang jauh dari tempat tugasan lapangan. Jadi, bagi memudahkan kerja, teknik ini turut diaplikasikan dalam tugasan.

Memparafrasa juga merupakan antara teknik pencungkilan data semasa melakukan tugasan linguistik lapangan. Fungsi teknik memparafrasa adalah menghimpunkan satu set ayat yang dikaitkan dengan pengertian yang sama serta persamaan butir leksikal asasi. Dalam erti kata lain, memparafrasa merupakan teknik dalam menyebut perkara yang sama tetapi melalui cara yang berbeza.

Teknik pencungkilan data yang keenam adalah teknik pencungkilan terselindung. Dalam teknik ini, penyelidik menyedari bahawa kajian soal selidik secara spontan dan tidak secara terus kepada persoalan utama dapat meransang informannya untuk berinteraksi. Maknanya, penyelidik haruslah memulakan perbualan dengan perbualan biasa tentang isu-isu semasa atau kehidupan seharian informan. Hal ini adalah untuk mengelakkan informan berasa kurang selesa.

No comments:

Post a Comment