SMK BATU MENGKEBANG

SMK BATU MENGKEBANG

Label

Wednesday, May 30, 2012

Cerpen: Kehidupan Seorang Wanita


UDM…..politeknik….Tingkatan 6……arggghhhh!!!!...mana satu ni….. aku semakin keliru. Sejenak aku teringat, seakan-akan baru semalam keputusan SPM diumumkan. Tuhan sahaja yang mengetahui resah hatiku ini, langit mendung dan hujan yang turun menambahkan lagi ketakutan ku melangkah kaki ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10, adalah sekolah menengah harian biasa… keputusan peperiksaan pun bukanlah tinggi mana, pelajar yang ada hanyalah dalam kalangan anak peneroka jengka. Aku belajar di sekolah itu bermula tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Cikgu Faridah dan cikgu Junaini menelefon ku bertanyakan bila aku akan sampai ke sekolah. Aku bertambah resah….arrrrrrr… adakah keputusan ku teruk???... soalan itu bermain-main di fikiran ku…. Setelah hujan kembali reda, rakan-rakan datang ke rumah untuk pergi bersama-sama, ada yang mengatakan… Ani, jangan risau result kau mesti gempak punya……aku hanya diam seribu kata, di fikiran ku hanyalah berapa A yang aku dapat… sesudah sampai di bangunan tiga tingkat itu, aku dan rakan-rakan melangkah kaki ke bilik gerakan sekolah.

Ramai rakan yang sudah mengambil keputusan peperiksaan, dari jauh aku melihat cikgu Yani, guru inilah yang banyak menaikkan semangat ku menghadapi peperiksaan. Di saat kertas nipis itu ku pegang, tidak aku sangka keputusan ku begitu…. 5A1……. Alhamdulillah ya Allah!, keputusan seperti itu merupakan keputusan yang sangat baik buat diriku yang sebelum ini tidak pernah mendapat keputusan sebaik itu. Jika dulu keputusan hanyalah ‘cukup-cukup makan aje…hehehe..’ ayat popular di sekolah jika ditanya mengenai keputusan peperiksaan. Di saat slip itu aku tenung, cikgu Yani datang menghampiri ku. Tahniah Hasni!, lantas ku peluk guru ku itu. Cikgu Yani merupakan guru matematik, aku mulai berusaha dengan lebih gigih setelah cikgu Yani memberi kata semangat dan sentiasa berada di samping aku setiap kali menghadapi masalah. Ya! Sudah pasti aku mendapat A1 untuk matematik, setelah berbual dengan guru-guru. Aku mencari bonda ku yang juga bekerja di sekolah sebagai seorang tukang cuci atau ‘cleaner’, emak menitiskan air matanya si saat aku menunjukkan keputusan yang aku peroleh. Dulu mak pernah tanya kepada ku, “adik, adik tak malu ke mak kerja di sekolah adik, jadi tukang cuci pulak tu”. Aku menjawab, “tak langsung mak, adik tak rasa malu pun malah suka mak, sebab kalau apa-apa hal yang berlaku mak ada di sekolah”. Aku ingin berjaya ke menara gading demi bonda tercinta, abah, dan keluarga.  

            Zaman sekolah merupakan zaman yang penuh cabaran buat gadis remaja seperti aku. Aku tidak banyak memikirkan hal belajar, fikir seronok sahaja. Keputusan UPSR dan PMR tidak membanggakan langsung, sekadar lepas untuk belajar lagi. Ketika diriku berada di tingkatan 5, kehadiran seorang guru yang sangat baik dan penyayang telah membuatkan aku bersemangat dan lebih fokus untuk belajar. Ya, cikgu matematik ku yang bernama Noryani Binti Osman. Cikgu ini baru tahun kedua mengajar di sekolah Jengka 10, ketika aku berada di tingkatan 5. Aku mulai rapat dengan cikgu Yani kerana tiba-tiba aku minat dengan cara dia mengajar dan kerana dialah aku mulai minat dengan subjek matematik yang sebelum ini sering gagal. Guru ini juga sentiasa mengambil berat tentang diri ku. Perkembangan belajar aku turut diikutinya, aku berasa sungguh bertuah dan mula menanam azam mencapai kejayaan di menara gading. Semakin hari, aku mula rapat dengan cikgu Yani sehinggakan ada yang mengatakan aku ini anak murid kesayangan cikgu Yani. Setiap hari aku berjumpanya tidak kiralah untuk belajar atau untuk berbual sahaja.

            Jika ada waktu terluang pasti aku akan ke rumahnya untuk mengulang kaji pelajaran, rakan-rakan mulai hairan dengan sikap ku yang tiba-tiba berubah dan tidak menghabiskan masa dengan mereka. Aku bukannya lupa kawan, tetapi cikgu Yani berpesan agar aku tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa itu emas. Boleh berseronok tetapi berpada-pada katanya. SPM tidak lama lagi, maka aku perlulah berusaha demi mencapai cita-cita aku. Kehadiran guru muda dan cantik ini membuatkan aku semangat untuk teruskan usaha belajar dan belajar. Hubungan kami rapat bagaikan adik-beradik, dia pernah berkata ‘Hasni, cikgu anggap awak macam adik cikgu jika awak berjaya cikgu pun akan berasa bangga’. Kata-katanya, mengeratkan lagi kasih sayang kami. Aku berasa bahagia memiliki guru dan kakak sekali gus, hal ini kerana aku sendiri hanya mempunyai 4 orang abang dan tiada kakak. Semua orang perasan akan perubahan drastik aku dalam mengulang kaji pelajaran, emak, abah, abang, kawan-kawan dan guru sendiri. Aku mulai rapat dengan ramai guru dan ia juga disenangi oleh guru-guru, minat untuk menguasai semua subjek menyebabkan aku mula ‘study hard’ demi mencapai keputusan yang boleh dibanggakan.

            SPM semakin hampir, guru-guru memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar. Satu perjumpaan untuk solat hajat dan bacaan Yasin dilakukan di Dewan Utama sekolah. Majlis restu ilmu juga dibuat bagi memohon agar guru-guru merestui ilmu yang diberi sekali gus memaafkan kesilapan pelajarnya. Satu cita-cita aku pahatkan di hati ini untuk menjadi seorang guru suatu saat nanti. Cikgu Yani tetap berada di belakang ku untuk memastikan semangat aku untuk berjaya tidak luntur. Aku Boleh! Aku Boleh! Aku Boleh! yakin dengan diri untuk berjaya begitulah kata idola ku, ya! Idola untuk mencapai cita-cita aku menjadi seorang guru yang berkaliber iaitu cikgu Yani. Saat menghadapi peperiksaan, cikgu Yani kerap menelefon aku untuk memastikan aku bersedia dan bersemangat.

Tok…tok…tok...tok….tok..tok…tiba-tiba terdengar ketukan pintu daripada luar bilikku. Lamunan terhenti di saat pintu bilik diketuk, oooooo….emak rupanya. Kenangan ketika di sekolah dan ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM terhenti di situ. Wanita yang sudah menjakau umur 50an itu tidak pernah menyatakan rasa penat bekerja demi mencari wang untuk membantu ayah. Baginya, isteri solehah akan membantu suaminya selagi termampu. Emak melangkah masuk ke dalam bilik perlahan dan duduk di sebelah aku.

“Adik, mak nak tanya ni?”. Lembut nada suara bonda.

“Ya mak, tanyalah. Tapi sekejap ya mak, adik tutup radio dahulu”. Lagu Shahir yang bertajuk kebahagiaan dalam perpisahan itu terhenti setelah aku menekan butang off.

“Adik sudah buat keputusan atau belum?, emak nak tahu anak mak ni nak belajar lagi atau tidak”. Emak tahu bahawa diriku ketika ini dilema untuk memilih tempat untuk sambung belajar. Keputusan peperiksaan SPM, melayakkan aku untuk belajar di IPTA. Sekarang aku perlu berfikir sama ada menerima UDM, politeknik atau tingkatan 6. Cita-cita aku hanyalah satu untuk menjadi seorang guru, semua orang yang berada di samping ku tahu akan keinginan ku itu. Cikgu-cikgu di sekolah hanya memberi sokongan dan berharap aku membuat pilihan yang tepat.

“Issshhhh… Mak, mestilah adik nak sambung belajar. Sekarang adik pun pening la mak. Adik takut nak buat keputusan risau salah membuat keputusan. Mak tahukan adik nak jadi cikgu kalau adik masuk UDM dan buat diploma, nanti ambil masa yang lama pula untuk buat ijazah pendidikan. Dalam masa yang sama juga adik bimbang jika adik pilih tingkatan 6, mana tahu adik hilang fokus belajar ke, dah tak dapat masuk U pula nanti. Adik keliru ni mak. Politeknik…adik memang dah tak fikirkan dah”. Jawab aku dengan panjang lebar.

“Dik…..mak faham, adik tanya la pendapat cikgu Yani dan tanya juga pendapat abang-abang. Mak sokong apa sahaja yang adik pilih. Mak yakin adik boleh punya!”. Emak mendakap erat bahu ku dan diciumnya dahi ku dengan penuh kasih sayang. Aku pula diam seribu kata.

            Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, aku hanya duduk di rumah menantikan panggilan belajar setelah permohonan dibuat. Sekarang aku perlu memilih pula, ada yang kata pergi la masuk universiti sayang kalau ditolak. Ada juga yang kata masuk tingkatan 6 sebab lebih mudah untuk sambung ijazah. Malah ada yang mengatakan bahawa tingkatan 6 sukar, nanti tak boleh bawa. Kata Nurul, baik kau pergi ‘U’ sebab tingkatan 6 susah dan lagi satu kau dah dapat pun IPTA jadi mengapa kau nak tolak. Kata-kata kawan ku ini membuatkan aku rasa keliru.

            Sejak kecil lagi angan ku adalah untuk menjadi seorang guru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi impian dan destinasi yang ingin aku tujui. Setelah berfikir panjang dan mengamati kata-kata guru, keluarga dan sahabat yang memahami. Aku telah membuat keputusan untuk memasuki tingkatan 6 sahaja. Impian aku hanya satu untuk melangkahkan kaki ke UPSI. Bagi idola ku iaitu cikgu Yani, beliau juga menyokong aku untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Masih ingat lagi akan kata-katanya, “Hasni, awak rajin…cikgu yakin awak boleh untuk masuk dan belajar ke tingkatan 6. Pelajar yang rajin seperti awak pasti akan berjaya dan awak tanamkan tekad untuk jadi seorang guru. Jika awak memiliki azam yang teguh pasti awak akan lebih berusaha. Jangan hiraukan kata-kata pihak lain yang pasti adalah hati awak sendiri”. Kata-kata cikgu Yani sangat bermakna buat ku. Dia menjadi tulang belakang untuk aku terus berjaya dalam hidup.

            Cik..cik..cik..cik…bunyi burung murai diselangi dengan tiupan angin, pangkin kecil di hadapan rumah menjadi tempat untuk kami tenangkan fikiran dan tempat untuk mengambil angin petang. Kata ibu ku, sewaktu kecil aku menjadi kanak-kanak yang aktif dan suka bermain permainan lelaki seperti bola, robot, kereta dan lain-lain lagi. Mana tidaknya, aku hanya mempunyai abang sahaja. Kawasan Segi Tiga Jengka, menjadi kawasan peneroka seperti ayah dan Jengka juga kawasan tempat tinggal ku. Jengka 1 menjadi kawasan tempat tinggal kami satu keluarga. Segi Tiga Jengka mempunyai 25 buah Jengka, semua Jengka ini merupakan Tanah Rancangan Felda.

            Krikkkkkk….pintu almari dibuka, iissshhhh….mana baju kurung pink aku ni, keluh aku. Cikgu Yani sudah lama menunggu, dia ingin membawa aku untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Jengka. KFC menjadi pilihan kami, ‘bagai mengantuk di sorongkan bantal’ perut sememangnya dari tadi berbunyi dengan pelbagai rentak lagu. Aku pula sudah lama tidak makan KFC, kami mengambil tempat yang agak selesa untuk diduduki. Sambil makan sambil berbual, isu-isu semasa di sekolah keluar dari mulut guru wanita ini. Cikgu Yani ialah guru wanita bujang yang tidak lokek dengan senyuman, wajahnya bertambah manis dengan adanya lesum pipit di pipi dan wataknya menampakkan beliau ialah gadis Melayu. Pelbagai isu dinyatakan dan kebanyakan isu yang diketengahkan adalah untuk menaikkan semangat aku untuk belajar. Cikgu Yani memberi gambaran betapa seronoknya belajar di IPTA nanti.

“Hasni, cikgu doakan yang terbaik untuk kamu. Kamu perlulah belajar dengan kuat untuk peroleh kejayaan abadi dalam hidup kamu. Kamu sudah memilih untuk belajar di tingkatan 6, maka kamu perlu bertekad untuk mencapai kejayaan cemerlang. Ingat! tingkatan 6 tidak susah untuk orang seperti awak kerana cikgu yakin awak rajin dan mampu untuk berjaya”. Panjang lebar cikgu Yani mengomel.

“Ya!!!, saya yakin saya mampu untuk berjaya. Cita-cita saya untuk menjadi seorang guru akan membakar semangat saya demi melakar kejayaan yang manis dalam hidup. Cikgu, doakan saya ya?”. Balas aku dengan nada gembira.

“Itu sudah pasti Hasni, tiada guru yang tidak mendoakan kejayaan pelajarnya. Awak perlu yakin dengan diri awak”. Balas cikgu Yani.

            Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10, hanya tinggal kenangan. Guru-guru yang mengajar di situ hanya mengiringi doa untuk aku dan kawan-kawan agar mencapai kejayaan pada masa hadapan. Kebanyakan guru di sekolah itu mampu untuk mengingat dan menghafal nama pelajar di sekolah itu, hal ini demikian kerana pelajar yang berada di situ tidak melebihi 400 orang setelah dicampur semua pelajar termasuklah tingkatan 1 hingga 5. Bagi diriku ini adalah satu kelebihan kerana cikgu akan lebih fokus dan mampu mengenal semua pelajar kerana jumlah yang sedikit. Cita-cita aku untuk menjadi seorang guru juga diketahui oleh guru-guru di sekolah itu, sebab untuk aku menolak UDM adalah kerana aku ingin terus mencapai cita-cita ku dengan tidak memakan masa yang lama. Sokongan guru-guru membuatkan aku lebih yakin dengan keputusan yang telah dibuat itu.

            Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, uniform sekolah telah berubah dari berwarna putih ke warna ungu. Ia menandakan aku telah pun bergelar pelajar pra-U iaitu tingkatan 6. Sekolah juga telah berubah jika dahulu aku di dalam sebuah sekolah yang tidak ramai pelajar tetapi di sini terdapat ramai pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat merupakan sekolah Bestari Felda, kebanyakan pelajar di situ merupakan pelajar yang cemerlang keputusan UPSR dan PMR mereka. Bagi lepasan SPM yang ingin memasuki tingkatan 6, mereka akan diterima masuk di sini. Suasana sekolah yang baharu membuatkan aku kurang selesa tetapi aku kuatkan keyakinan ku untuk mencapai kejayaan yang di cita-citakan.

            Kehidupan tingkatan 6 bermula dalam hidup ku. Aku belajar hidup di asrama, wah! Cabaran baru buat aku kerana sebelum ini aku tidak pernah tinggal di asrama. Sesi pembelajaran tingkatan 6 tidaklah sesukar seperti yang diceritakan oleh orang lain. Bagi diriku, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku memilih untuk memasuki kelas 6 bawah Shafie, aku mengambil lima subjek antaranya bahasa Melayu, sejarah, ekonomi, geografi, dan pengajian Malaysia. Cikgu-cikgu di sekolah ini juga baik sama seperti cikgu di sekolah lama tetapi mungkin keakraban aku dengan guru di sini tidak seperti aku dengan cikgu-cikgu di sekolah lama. Niat untuk menjadi guru suatu hari nanti menjadi pegangan gadis remaja seperti aku. Kata ibu, azam yang kuat di dalam hati akan mampu membuatkan kita lebih yakin untuk berjaya.

            Hari demi hari aku lalui dengan bergelar seorang pelajar tingkatan 6. Kehidupan di asrama aku lalui dengan sabar. Rasa rindu teramat sangat mula dirasai setelah berjauhan dengan keluarga. Walaupun sekolah ini tidak jauh dari rumah tetapi ia adalah pilihan aku sendiri untuk tinggal di asrama. Bukan apa, aku ingin mencari perubahan dalam hidup. Aku memegang jawatan yang diberikan oleh guru di sekolah sebagai pengawas perpustakaan dan juga menjadi pengawas asrama di asrama. Untuk bergelar seorang guru nanti, aku perlulah menonjolkan diri sendiri untuk lebih berkeyakinan. Bertekad untuk memohon UPSI selepas STPM nanti membuatkan saya terus mengorak langkah untuk mengejar cita-cita yang diharapkan menjadi kenyataan.

            Tingkatan 6 merupakan zaman belajar yang penuh cabaran, hal ini demikian kerana kami membantu guru menguruskan banyak program. Kadang kala ada juga program yang perlu kami buat untuk guru-guru. Namun begitu, kenangan tingkatan 6 sukar untuk dilupakan. Sewaktu di tingkatan 6 jugalah aku mula mengenali cinta. Semasa berada di tingkatan 6, bunga-bunga cinta mula berputik di hati ini. Dia merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup ku, pada mulanya aku takut jika hadirnya dia membuatkan aku lalai untuk belajar. Namun begitu, sikap dia yang sangat terbuka dan menasihati ku untuk utamakan belajar membuatkan aku lebih percayakan dia. Malah kami sering belajar bersama-sama jika ada waktu terluang. Teringat aku akan pantun yang dibacanya ketika kami berbual-bual pada suatu petang di dewan makan. Dia memang suka berpantun, tidak kisah lah dari mana dia dapat atau curi pantun itu tetapi aku cukup terhibur mendengarnya.

Ikan di laut garam di darat,

Dalam kuali bertemu jua,

Hati terpaut janji terikat,

Atas pelamin bertemu jua.

            Bercerita tentang cinta, bagi gadis remaja jika cinta kita tulus dan benar maka tidak sepatutnya timbul isu cinta monyet. Bagi diriku sendiri, aku percaya dengan wujudnya cinta. Kehadiran dia tidak menghanyutkan aku atau melalaikan aku malah dia memberikan aku semangat untuk terus berjaya. Kami bersama-sama mengejar cita-cita demi masa hadapan masing-masing. Dia juga turut mengetahui akan cita-cita aku untuk menjadi seorang guru. Kata cikgu, bercinta tidak salah asalkan kita tahu batas dan tidak leka dek cinta di dunia ini. Jika hati kita sudah terikat dengan seseorang maka kita perlulah berserah kepada takdir penentu jodoh kita dan cinta hakiki. Jika sudah ditakdirkan aku untuk dia maka aku menerimanya dengan redha kerana cinta kami juga lahir dari hati yang suci.

            Hehehehehe……riang rasa hati jika kita dapat merasa kehadiran cinta, tambahan pula ini adalah cinta pertama… Wani iaitu teman rapat sewaktu di tingkatan 6 ada berkata bahawa, kami sangat sepadan bak kata pepatah ‘bagai pinang di belah dua’. Aku merahsiakan hal cinta aku daripada pengetahuan orang tua ku. Takut nanti dimarahi pula hehehe…kadang-kadang rasa kelakar bercinta secara senyap-senyap ini. Kami berhubung curi-curi, rasa berada pada zaman dahulu pula. Takut dapat di hidu oleh keluarga.  

            Paannnggggggg…..satu tamparan yang bagi ku sangat sakit jika terkena kepada aku. Pada hari itu, sahabat ku Izat di tampar oleh guru disiplin sekolah. Seribu pertanyaan muncul di fikiran ku, Kenapa? Apa? Bagaimana?. Kasihan aku melihat, ah!!! Cikgu itu tak sepatutnya tampar Izat di hadapan rakan lain bukankah akan menjatuhkan maruahnya. Setelah aku bertanya kepada rakan lain, mereka berkata Izat ditampar kerana dia tidak mengaku mencuri. Ha? Benarkah Izat mencuri? Setahu ku Izat bukan begitu. Pasti berlaku salah faham di sini. Setelah keadaan beransur reda, aku menghampiri Izat dengan cara yang teratur dan aku menegurnya.

“Izat, boleh aku duduk di sini”. Sapa ku perlahan.

“Hurmmmmm….boleh”. Sahut Izat bernada sayu.

“Benarkah kau mencuri? Aku bukan apa, aku dengar kau ditampar kerana tidak mengaku mencuri duit Siti. Benar atau tidak?”. Tanya ku tenang.

“Hasni, aku bercakap benar bahawa aku tidak mencuri. Kebetulan aku dilihat membuka beg Siti pada waktu Siti tiada. Itu menjadi punca aku dituduh sedemikian. Sumpah! Aku tak buat semua tu Hasni! Aku bercakap benar”. Jawab Izat bernada serius.

“Ooooo…begitu rupanya, tapi kenapa kau membuka beg Siti?”. Hairan aku.

Merah padam muka Izat setelah aku tanya soalan sedemikian, aku hairan mengapa Izat membuka beg Siti. Mesti ada sesuatu yang Izat ingin lakukannya. Aku mulai musykil dengan Izat, mungkin tidak patut aku mengesyaki yang buruk-buruk tetapi tindakan dia membuatkan orang berfikiran negatif.

“Baiklah, aku cerita tapi kau perlu rahsiakan. Aku malu untuk bercerita, aku juga malu untuk bercakap benar dengan cikgu. Sebenarnya, aku membuka beg Siti kerana aku ingin meletakkan surat yang menyatakan aku suka padanya. Hasni! Kau kenal aku kan, aku malu hendak berterus terang. Aku tak sangka hal ini pula yang berlaku, surat itu aku tak jadi letak sebab aku takut Siti tolak aku. Aku ambil semula surat itu, beberapa jam selepas itu cikgu terus memanggil aku dan aku dituduh mencuri. Sumpah! Aku tak buat semua itu”. Kesal Izat.

Kasihan aku melihat Izat, ramai kawan-kawan memikirkan dia bersalah. Siti pula menangis kerana duit yang hilang adalah duit kelas kami. Aku berharap sangat hal ini dapat diselesaikan kerana aku percaya akan Izat. Aku percaya Izat tidak melakukan hal ini.

“Sabar ya Izat, aku percaya kau tak buat. Mengenai hal suka Siti itu, kau perlu berterus terang padanya. Bukan dengan cara itu. kalau niat kita ikhlas kita akan dibalas dengan cara yang baik tidak kisah lah kita diterima atau tidak. Kau terus terang dengannya dan buang perasaan malu itu. Hal curi pula, jika kau berada di pihak yang benar usah takut. Percayalah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi kita tunggu sahaja kes ini selesai”. Jawab ku panjang lebar. Izat hanya diam seribu kata, sekadar mengangguk sahaja.

            Apa yang aku tidak puas hati adalah tindakan cikgu disiplin itu. Sehingga menampar pelajar di hadapan rakan lain. Sedangkan Izat mengaku tidak bersalah. Ya, mungkin Izat tidak bercerita hal yang sebenarnya tetapi tindakan guru itu tidak sepatutnya berlaku. Izat sepatutnya di siasat bukannya di tampar. Hal yang berlaku ini membuatkan aku lebih berfikiran positif. Aku bertekad jika suatu hari nanti aku menjadi seorang guru, aku tidak akan melakukan tindakan sedemikian rupa tanpa usul periksa.

            Selang beberapa hari, kes kecurian itu selesai. Faizal tiba-tiba mengaku mencuri duit itu, cikgu disiplin itu pula datang berjumpa Izat dan memohon maaf. Izat dengan mudah memaafkan guru itu. Aku melihat guru itu, timbul rasa tidak puas hati kerana tindakan dia yang melulu itu. Izat yang baik hati itu memaafkan guru itu, bagi ku pula cikgu itu tidak patut menjadi guru yang sebegitu. Hal ini demikian kerana tindakan dia akan merosakkan imej atau etika keguruan. Rasa meluap-luap aku untuk menjadi guru semakin memuncak. Guru perlu bertindak sewajarnya, misalnya pelajar itu bersalah sekalipun tidak perlulah menggunakan tindakan fizikal yang terlalu kasar. Bagi ku, cukup sekadar jika pelajar dikenakan tindakan tatatertip sahaja seperti yang kementerian tetapkan iaitu jumlah mata kesalahan. Kes-kes yang berlaku di sekolah, ketika aku tingkatan 6 ini membuatkan aku terfikir bahawa guru zaman moden ini memerlukan emosi yang sangat stabil kerana emosi sangat mempengaruhi tingkah laku kita. Ya! Aku sendiri perlu menjaga emosi aku bermula dari sekarang kerana aku ingin menjadi seorang guru yang baik.

            Kegembiraan sewaktu di tingkatan 6 berlalu dengan begitu pantas. Tanpa sedar peperiksaan STPM semakin hampir. Aku mula ‘study hard’, satu kelebihan bagi ku adalah aku tinggal di asrama. Aku memanfaatkan masa belajar aku secukupnya, belajar berkumpulan juga boleh membantu aku untuk belajar. Setiap malam aku bersama-sama rakan menelaah buku-buku untuk mencari input demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Bertukar-tukar pendapat mengenai subjek-subjek yang berkaitan membuatkan kita lebih faham malahan makin bertambah ilmu yang dipelajari atau dibincangkan.

            STPM tinggal 5 hari sahaja lagi, kami sekelas membuat sedikit jamuan untuk guru-guru yang mengajar kami. Tanda ucapan terima kasih dan mohon keberkatan ilmu yang diajar. Kami menghabiskan masa bersama-sama sebelum menghadapi peperiksaan. Bagi ‘boyfriendku’ pula, aku membuatkannya kad yang tidak seberapa untuk memberi semangat kepadanya ketika menduduki peperiksaan. Dia juga turut berbuat demikian, aku sangat mengharapkan hubungan kami berkekalan. Sejenak aku teringat akan cikgu Yani. Oh! Aku terlupa untuk menghubunginya. Dia perlu ku hubungi untuk mendapatkan kata-kata semangat. Tanpa berfikir, aku menuju ke telefon awam yang berada tidak jauh dari dorm di asrama.

            Tut tut….tut tut…. tut tut… lama juga telefon berbunyi, baru aku dengar suara cikgu kesayangan ku itu. Hasni!, awak boleh! cikgu sentiasa doakan kejayaan awak. Kata-kata cikgu Yani membuatkan aku lebih yakin. Aku akan buktikan yang aku akan berjaya, UPSI akan menjadi destinasi aku seterusnya untuk aku menggali dan terus menggali ilmu yang ada. Minggu peperiksaan pun bermula, aku bersedia dari segala aspek. Alhamdulillah, aku boleh menjawab dengan tenang dan selebihnya aku bertawakal sahaja kepada Allah S.W.T.

            Setelah hampir 3 bulan berlalu, keputusan STPM diumumkan. Aku sangat takut untuk mengambil keputusan peperiksaan. Risau juga jika tidak mendapat keputusan yang diharapkan, aku tenung slip keputusan ku itu. Alhamdulillah, syukur sangat. Aku mendapat 2A 3B, cikgu kata aku layak memohon UPSI. Cikgu Yani tidak putus-putus mengucapkan ucapan tahniah. Setiap malam aku berdoa dan bersolat hajat agar permohonan aku untuk ke UPSI tercapai. Sehinggalah pengumuman kemasukan IPTA sesi julai 2010-2011 diumumkan. Aku berjaya! Aku diterima masuk ke UPSI. Satu kucupan ke pipi ibu dan ayah aku berikan kerana terlalu gembira. Aku akan menjadi guru suatu hari nanti!!!. Aku berasa sangat gembira dan bersyukur kerana di kala aku susah dan senang ada insan-insan tersayang di samping ku. Kenangan zaman persekolahan menjadi memori indah dalam hidup ku. Aku akan melangkah ke alam Universiti yang pastinya lebih mencabar.

1 comment:

  1. saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran TOTO DAN MAGNUM
    angka yang di berikan waktu itu 4D yang nombor 1
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    ReplyDelete