SMK BATU MENGKEBANG

SMK BATU MENGKEBANG

Label

Tuesday, May 29, 2012

LINGUISTIK LAPANGAN


Definisi

Hockett(1948:119), menyatakan pada asasnya linguistik lapangan merupakan satu cara mendapatan data linguistik untuk mengkaji fenomena linguistik. Hal ini melibatkan dua pihak iaitu seseorang penutur sesuatu bahasa dan pengkaji linguistik. Seberapa boleh kajian dilakukan secara peribadi. Penutur sesuatu bahasa iaitu informan menjadi sumber maklumat dan penilai ujaran yang didengarnya daripada pengkaji. Oleh sebab itu pendekatan mengkaji bahasa secara begini dinamakan juga sebagai kaedah informan atau boleh juga dinamai sebagai kaedah perhubungan.

Linguistik lapangan tidak terhad hanya di lapangan sahaja namun turut dijalankan di mana-mana sahaja. Contohnya seseorang ahli arkeologi lapangan perlulah pergi ke tempat kajian bagi mengumpulkan data. Namun berlainan pula dengan ahli bahasa yang akan dapat membawa sumber yang diperlukan kepadanya. Jadi terdapat keja lapangan yang memerlukan pengkaji membawa bahan kajian dari kawasan pendalaman ke kawasan bandar.

Linguistik lapangan merupakan kajian bahasa yang tidak pernah dikaji pada masa dahulu. Dalam erti kata lain bahasa tersebut tidak dikaji dengan baik ataupun secara menyeluruh. Jadi pengkaji bahasa mengunakan kaedah penyelidikan linguistik lapangan bagi mengkaji bahasa tersebut. Melalui kajian lapangan yang dilakukan beberapa matlamat penting tentang linguistik dapat dicapai. Dengan ini, suatu kajian yang terperinci tentang linguistik dapat dilakukan.

Matlamat Linguistik Lapangan

Kaedah penyelidikkan linguistik lapangan mempunyai beberapa matlamat penting. Antaranya ialah mengetahui maklumat asas bahasa dunia. Jumlah bahasa dunia masih kurang diketahui lagi.semakin banyak kajian yang dilakukan maka semakin banyak jumlah yang diketahui.(Gray:1939:418).Tiga puluh tahun yang dahulu jumlah kasar bahasa dunia yang diberikan ialah antara 2500 hingga 3500 bahasa. (Ferguson 1964). Anggaran yang terbaru pula ialah antara 4000 hingga 7000 jenis bahasa. Maklumat tentang bahasa akan kurang diperolehi jika kita tidak terus mengkaji bahasa yang mungkin akan pupus ini. Generasi akan datang pasti tidak akan mengetahui tentang bahasa ini jika generasi kita ini tidak mengambil inisiatif untuk mengkajinya. Jadi melalui kajian lapangan,kita dapat mengetahui sebanyak mungkin tentang maklumat asas bahasa dunia.

Selain itu, data kepada pemahaman sejagat bahasa boleh dipenuhi melalui kaedah penyelidikan linguistik. Perkembangan ilmu linguistik sejajar dengan kerja lapangan yang dilakukan. Boleh dikatakan kerja lapangan tidak boleh dipisahkan daripada perkembangan ilmu linguistik. Seperti kata F.G. Lounsbury (dalam C.F. Voegelin 1950:229), “Perakaman dan penghuraian setiap bahasa yang hampir pupus penting kepada sains linguistik, sama pentingnya seperti perkembangan tabii sains biologi. Apabila ‘perkembangan tabii’ bahasa ditulis dengan agak lengkap,kita boleh menganggap ilmu bahasa sebagai ‘sains yang mempunyai dasar am’ iaitu daripada apa yang kita ada sekarang ini.

Seterusnya ialah cara-cara bagi mendapatkan data,pengujian dan formulasi masalah. Kerja lapangan linguistik mempengaruhi cara untuk merperolehi data,formulasi masalah dan pengujian. Oleh itu secara tidak langsung, data yang diperolehi bergantung kepada kajian lapangan yang dibuat(Boas: 1911:60). Menyatakan penguasaan sesuatu bahasa merupakan sesuatu pendekatan yang mesti dicapai untuk mendapatkan pengetahuan yang tepat dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, pekerja lapangan  harus fasih berbahasa menggunakan bahasa penutur yang dikaji di sesuatu kawasan. Selain itu, terdapat juga penyelidik mengatakan bahawa kajian lapangan memerlukan beberapa perkataan yang terkawal untuk menjalankan soal selidik.

No comments:

Post a Comment