UDM…..politeknik….Tingkatan
6……arggghhhh!!!!...mana satu ni….. aku semakin keliru. Sejenak aku teringat,
seakan-akan baru semalam keputusan SPM diumumkan. Tuhan sahaja yang mengetahui
resah hatiku ini, langit mendung dan hujan yang turun menambahkan lagi ketakutan
ku melangkah kaki ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 10, adalah sekolah menengah harian biasa… keputusan
peperiksaan pun bukanlah tinggi mana, pelajar yang ada hanyalah dalam kalangan
anak peneroka jengka. Aku belajar di sekolah itu bermula tingkatan 1 hinggalah
tingkatan 5. Cikgu Faridah dan cikgu Junaini menelefon ku bertanyakan bila aku
akan sampai ke sekolah. Aku bertambah resah….arrrrrrr… adakah keputusan ku
teruk???... soalan itu bermain-main di fikiran ku…. Setelah hujan kembali reda,
rakan-rakan datang ke rumah untuk pergi bersama-sama, ada yang mengatakan… Ani,
jangan risau result kau mesti gempak
punya……aku hanya diam seribu kata, di fikiran ku hanyalah berapa A yang aku
dapat… sesudah sampai di bangunan tiga tingkat itu, aku dan rakan-rakan
melangkah kaki ke bilik gerakan sekolah.
Ramai
rakan yang sudah mengambil keputusan peperiksaan, dari jauh aku melihat cikgu
Yani, guru inilah yang banyak menaikkan semangat ku menghadapi peperiksaan. Di
saat kertas nipis itu ku pegang, tidak aku sangka keputusan ku begitu…. 5A1…….
Alhamdulillah ya Allah!, keputusan seperti itu merupakan keputusan yang sangat
baik buat diriku yang sebelum ini tidak pernah mendapat keputusan sebaik itu. Jika
dulu keputusan hanyalah ‘cukup-cukup makan aje…hehehe..’ ayat popular di
sekolah jika ditanya mengenai keputusan peperiksaan. Di saat slip itu aku
tenung, cikgu Yani datang menghampiri ku. Tahniah Hasni!, lantas ku peluk guru
ku itu. Cikgu Yani merupakan guru matematik, aku mulai berusaha dengan lebih
gigih setelah cikgu Yani memberi kata semangat dan sentiasa berada di samping
aku setiap kali menghadapi masalah. Ya! Sudah pasti aku mendapat A1 untuk
matematik, setelah berbual dengan guru-guru. Aku mencari bonda ku yang juga
bekerja di sekolah sebagai seorang tukang cuci atau ‘cleaner’, emak menitiskan air matanya si saat aku menunjukkan
keputusan yang aku peroleh. Dulu mak pernah tanya kepada ku, “adik, adik tak
malu ke mak kerja di sekolah adik, jadi tukang cuci pulak tu”. Aku menjawab,
“tak langsung mak, adik tak rasa malu pun malah suka mak, sebab kalau apa-apa
hal yang berlaku mak ada di sekolah”. Aku ingin berjaya ke menara gading demi
bonda tercinta, abah, dan keluarga.
Zaman sekolah merupakan zaman yang
penuh cabaran buat gadis remaja seperti aku. Aku tidak banyak memikirkan hal
belajar, fikir seronok sahaja. Keputusan UPSR dan PMR tidak membanggakan
langsung, sekadar lepas untuk belajar lagi. Ketika diriku berada di tingkatan
5, kehadiran seorang guru yang sangat baik dan penyayang telah membuatkan aku
bersemangat dan lebih fokus untuk belajar. Ya, cikgu matematik ku yang bernama
Noryani Binti Osman. Cikgu ini baru tahun kedua mengajar di sekolah Jengka 10,
ketika aku berada di tingkatan 5. Aku mulai rapat dengan cikgu Yani kerana
tiba-tiba aku minat dengan cara dia mengajar dan kerana dialah aku mulai minat
dengan subjek matematik yang sebelum ini sering gagal. Guru ini juga sentiasa mengambil
berat tentang diri ku. Perkembangan belajar aku turut diikutinya, aku berasa
sungguh bertuah dan mula menanam azam mencapai kejayaan di menara gading. Semakin
hari, aku mula rapat dengan cikgu Yani sehinggakan ada yang mengatakan aku ini
anak murid kesayangan cikgu Yani. Setiap hari aku berjumpanya tidak kiralah
untuk belajar atau untuk berbual sahaja.
Jika ada waktu terluang pasti aku
akan ke rumahnya untuk mengulang kaji pelajaran, rakan-rakan mulai hairan
dengan sikap ku yang tiba-tiba berubah dan tidak menghabiskan masa dengan
mereka. Aku bukannya lupa kawan, tetapi cikgu Yani berpesan agar aku tidak
membuang masa begitu sahaja kerana masa itu emas. Boleh berseronok tetapi
berpada-pada katanya. SPM tidak lama lagi, maka aku perlulah berusaha demi
mencapai cita-cita aku. Kehadiran guru muda dan cantik ini membuatkan aku
semangat untuk teruskan usaha belajar dan belajar. Hubungan kami rapat bagaikan
adik-beradik, dia pernah berkata ‘Hasni, cikgu anggap awak macam adik cikgu
jika awak berjaya cikgu pun akan berasa bangga’. Kata-katanya, mengeratkan lagi
kasih sayang kami. Aku berasa bahagia memiliki guru dan kakak sekali gus, hal
ini kerana aku sendiri hanya mempunyai 4 orang abang dan tiada kakak. Semua
orang perasan akan perubahan drastik aku dalam mengulang kaji pelajaran, emak,
abah, abang, kawan-kawan dan guru sendiri. Aku mulai rapat dengan ramai guru
dan ia juga disenangi oleh guru-guru, minat untuk menguasai semua subjek
menyebabkan aku mula ‘study hard’
demi mencapai keputusan yang boleh dibanggakan.
SPM semakin hampir, guru-guru
memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar. Satu perjumpaan untuk
solat hajat dan bacaan Yasin dilakukan di Dewan Utama sekolah. Majlis restu
ilmu juga dibuat bagi memohon agar guru-guru merestui ilmu yang diberi sekali
gus memaafkan kesilapan pelajarnya. Satu cita-cita aku pahatkan di hati ini
untuk menjadi seorang guru suatu saat nanti. Cikgu Yani tetap berada di
belakang ku untuk memastikan semangat aku untuk berjaya tidak luntur. Aku
Boleh! Aku Boleh! Aku Boleh! yakin dengan diri untuk berjaya begitulah kata
idola ku, ya! Idola untuk mencapai cita-cita aku menjadi seorang guru yang
berkaliber iaitu cikgu Yani. Saat menghadapi peperiksaan, cikgu Yani kerap
menelefon aku untuk memastikan aku bersedia dan bersemangat.
Tok…tok…tok...tok….tok..tok…tiba-tiba
terdengar ketukan pintu daripada luar bilikku. Lamunan terhenti di saat pintu
bilik diketuk, oooooo….emak rupanya. Kenangan ketika di sekolah dan ketika
mengambil keputusan peperiksaan SPM terhenti di situ. Wanita yang sudah
menjakau umur 50an itu tidak pernah menyatakan rasa penat bekerja demi mencari
wang untuk membantu ayah. Baginya, isteri solehah akan membantu suaminya selagi
termampu. Emak melangkah masuk ke dalam bilik perlahan dan duduk di sebelah
aku.
“Adik,
mak nak tanya ni?”. Lembut nada suara bonda.
“Ya
mak, tanyalah. Tapi sekejap ya mak, adik tutup radio dahulu”. Lagu Shahir yang
bertajuk kebahagiaan dalam perpisahan itu terhenti setelah aku menekan butang off.
“Adik
sudah buat keputusan atau belum?, emak nak tahu anak mak ni nak belajar lagi
atau tidak”. Emak tahu bahawa diriku ketika ini dilema untuk memilih tempat
untuk sambung belajar. Keputusan peperiksaan SPM, melayakkan aku untuk belajar
di IPTA. Sekarang aku perlu berfikir sama ada menerima UDM, politeknik atau
tingkatan 6. Cita-cita aku hanyalah satu untuk menjadi seorang guru, semua
orang yang berada di samping ku tahu akan keinginan ku itu. Cikgu-cikgu di
sekolah hanya memberi sokongan dan berharap aku membuat pilihan yang tepat.
“Issshhhh…
Mak, mestilah adik nak sambung belajar. Sekarang adik pun pening la mak. Adik
takut nak buat keputusan risau salah membuat keputusan. Mak tahukan adik nak jadi
cikgu kalau adik masuk UDM dan buat diploma, nanti ambil masa yang lama pula
untuk buat ijazah pendidikan. Dalam masa yang sama juga adik bimbang jika adik
pilih tingkatan 6, mana tahu adik hilang fokus belajar ke, dah tak dapat masuk
U pula nanti. Adik keliru ni mak. Politeknik…adik memang dah tak fikirkan dah”.
Jawab aku dengan panjang lebar.
“Dik…..mak
faham, adik tanya la pendapat cikgu Yani dan tanya juga pendapat abang-abang.
Mak sokong apa sahaja yang adik pilih. Mak yakin adik boleh punya!”. Emak
mendakap erat bahu ku dan diciumnya dahi ku dengan penuh kasih sayang. Aku pula
diam seribu kata.
Selepas keputusan peperiksaan
diumumkan, aku hanya duduk di rumah menantikan panggilan belajar setelah
permohonan dibuat. Sekarang aku perlu memilih pula, ada yang kata pergi la
masuk universiti sayang kalau ditolak. Ada juga yang kata masuk tingkatan 6
sebab lebih mudah untuk sambung ijazah. Malah ada yang mengatakan bahawa
tingkatan 6 sukar, nanti tak boleh bawa. Kata Nurul, baik kau pergi ‘U’ sebab
tingkatan 6 susah dan lagi satu kau dah dapat pun IPTA jadi mengapa kau nak
tolak. Kata-kata kawan ku ini membuatkan aku rasa keliru.
Sejak kecil lagi angan ku adalah
untuk menjadi seorang guru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi
impian dan destinasi yang ingin aku tujui. Setelah berfikir panjang dan
mengamati kata-kata guru, keluarga dan sahabat yang memahami. Aku telah membuat
keputusan untuk memasuki tingkatan 6 sahaja. Impian aku hanya satu untuk
melangkahkan kaki ke UPSI. Bagi idola ku iaitu cikgu Yani, beliau juga
menyokong aku untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Masih ingat lagi akan
kata-katanya, “Hasni, awak rajin…cikgu yakin awak boleh untuk masuk dan belajar
ke tingkatan 6. Pelajar yang rajin seperti awak pasti akan berjaya dan awak
tanamkan tekad untuk jadi seorang guru. Jika awak memiliki azam yang teguh
pasti awak akan lebih berusaha. Jangan hiraukan kata-kata pihak lain yang pasti
adalah hati awak sendiri”. Kata-kata cikgu Yani sangat bermakna buat ku. Dia
menjadi tulang belakang untuk aku terus berjaya dalam hidup.
Cik..cik..cik..cik…bunyi burung
murai diselangi dengan tiupan angin, pangkin kecil di hadapan rumah menjadi
tempat untuk kami tenangkan fikiran dan tempat untuk mengambil angin petang.
Kata ibu ku, sewaktu kecil aku menjadi kanak-kanak yang aktif dan suka bermain
permainan lelaki seperti bola, robot, kereta dan lain-lain lagi. Mana tidaknya,
aku hanya mempunyai abang sahaja. Kawasan Segi Tiga Jengka, menjadi kawasan
peneroka seperti ayah dan Jengka juga kawasan tempat tinggal ku. Jengka 1
menjadi kawasan tempat tinggal kami satu keluarga. Segi Tiga Jengka mempunyai
25 buah Jengka, semua Jengka ini merupakan Tanah Rancangan Felda.
Krikkkkkk….pintu almari dibuka,
iissshhhh….mana baju kurung pink aku ni, keluh aku. Cikgu Yani sudah lama
menunggu, dia ingin membawa aku untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Jengka.
KFC menjadi pilihan kami, ‘bagai mengantuk di sorongkan bantal’ perut
sememangnya dari tadi berbunyi dengan pelbagai rentak lagu. Aku pula sudah lama
tidak makan KFC, kami mengambil tempat yang agak selesa untuk diduduki. Sambil
makan sambil berbual, isu-isu semasa di sekolah keluar dari mulut guru wanita
ini. Cikgu Yani ialah guru wanita bujang yang tidak lokek dengan senyuman,
wajahnya bertambah manis dengan adanya lesum pipit di pipi dan wataknya
menampakkan beliau ialah gadis Melayu. Pelbagai isu dinyatakan dan kebanyakan
isu yang diketengahkan adalah untuk menaikkan semangat aku untuk belajar. Cikgu
Yani memberi gambaran betapa seronoknya belajar di IPTA nanti.
“Hasni,
cikgu doakan yang terbaik untuk kamu. Kamu perlulah belajar dengan kuat untuk
peroleh kejayaan abadi dalam hidup kamu. Kamu sudah memilih untuk belajar di
tingkatan 6, maka kamu perlu bertekad untuk mencapai kejayaan cemerlang. Ingat!
tingkatan 6 tidak susah untuk orang seperti awak kerana cikgu yakin awak rajin
dan mampu untuk berjaya”. Panjang lebar cikgu Yani mengomel.
“Ya!!!,
saya yakin saya mampu untuk berjaya. Cita-cita saya untuk menjadi seorang guru akan
membakar semangat saya demi melakar kejayaan yang manis dalam hidup. Cikgu,
doakan saya ya?”. Balas aku dengan nada gembira.
“Itu
sudah pasti Hasni, tiada guru yang tidak mendoakan kejayaan pelajarnya. Awak
perlu yakin dengan diri awak”. Balas cikgu Yani.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka
10, hanya tinggal kenangan. Guru-guru yang mengajar di situ hanya mengiringi
doa untuk aku dan kawan-kawan agar mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Kebanyakan guru di sekolah itu mampu untuk mengingat dan menghafal nama pelajar
di sekolah itu, hal ini demikian kerana pelajar yang berada di situ tidak
melebihi 400 orang setelah dicampur semua pelajar termasuklah tingkatan 1
hingga 5. Bagi diriku ini adalah satu kelebihan kerana cikgu akan lebih fokus
dan mampu mengenal semua pelajar kerana jumlah yang sedikit. Cita-cita aku
untuk menjadi seorang guru juga diketahui oleh guru-guru di sekolah itu, sebab
untuk aku menolak UDM adalah kerana aku ingin terus mencapai cita-cita ku
dengan tidak memakan masa yang lama. Sokongan guru-guru membuatkan aku lebih
yakin dengan keputusan yang telah dibuat itu.
Masa yang ditunggu-tunggu telah
tiba, uniform sekolah telah berubah dari berwarna putih ke warna ungu. Ia
menandakan aku telah pun bergelar pelajar pra-U iaitu tingkatan 6. Sekolah juga
telah berubah jika dahulu aku di dalam sebuah sekolah yang tidak ramai pelajar
tetapi di sini terdapat ramai pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
merupakan sekolah Bestari Felda, kebanyakan pelajar di situ merupakan pelajar
yang cemerlang keputusan UPSR dan PMR mereka. Bagi lepasan SPM yang ingin memasuki
tingkatan 6, mereka akan diterima masuk di sini. Suasana sekolah yang baharu
membuatkan aku kurang selesa tetapi aku kuatkan keyakinan ku untuk mencapai
kejayaan yang di cita-citakan.
Kehidupan tingkatan 6 bermula dalam
hidup ku. Aku belajar hidup di asrama, wah! Cabaran baru buat aku kerana
sebelum ini aku tidak pernah tinggal di asrama. Sesi pembelajaran tingkatan 6
tidaklah sesukar seperti yang diceritakan oleh orang lain. Bagi diriku, di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Aku memilih untuk memasuki kelas 6 bawah Shafie,
aku mengambil lima subjek antaranya bahasa Melayu, sejarah, ekonomi, geografi,
dan pengajian Malaysia. Cikgu-cikgu di sekolah ini juga baik sama seperti cikgu
di sekolah lama tetapi mungkin keakraban aku dengan guru di sini tidak seperti
aku dengan cikgu-cikgu di sekolah lama. Niat untuk menjadi guru suatu hari
nanti menjadi pegangan gadis remaja seperti aku. Kata ibu, azam yang kuat di
dalam hati akan mampu membuatkan kita lebih yakin untuk berjaya.
Hari demi hari aku lalui dengan
bergelar seorang pelajar tingkatan 6. Kehidupan di asrama aku lalui dengan
sabar. Rasa rindu teramat sangat mula dirasai setelah berjauhan dengan
keluarga. Walaupun sekolah ini tidak jauh dari rumah tetapi ia adalah pilihan
aku sendiri untuk tinggal di asrama. Bukan apa, aku ingin mencari perubahan
dalam hidup. Aku memegang jawatan yang diberikan oleh guru di sekolah sebagai
pengawas perpustakaan dan juga menjadi pengawas asrama di asrama. Untuk
bergelar seorang guru nanti, aku perlulah menonjolkan diri sendiri untuk lebih
berkeyakinan. Bertekad untuk memohon UPSI selepas STPM nanti membuatkan saya
terus mengorak langkah untuk mengejar cita-cita yang diharapkan menjadi
kenyataan.
Tingkatan 6 merupakan zaman belajar
yang penuh cabaran, hal ini demikian kerana kami membantu guru menguruskan
banyak program. Kadang kala ada juga program yang perlu kami buat untuk
guru-guru. Namun begitu, kenangan tingkatan 6 sukar untuk dilupakan. Sewaktu di
tingkatan 6 jugalah aku mula mengenali cinta. Semasa berada di tingkatan 6,
bunga-bunga cinta mula berputik di hati ini. Dia merupakan lelaki pertama yang
hadir dalam hidup ku, pada mulanya aku takut jika hadirnya dia membuatkan aku
lalai untuk belajar. Namun begitu, sikap dia yang sangat terbuka dan menasihati
ku untuk utamakan belajar membuatkan aku lebih percayakan dia. Malah kami
sering belajar bersama-sama jika ada waktu terluang. Teringat aku akan pantun
yang dibacanya ketika kami berbual-bual pada suatu petang di dewan makan. Dia
memang suka berpantun, tidak kisah lah dari mana dia dapat atau curi pantun itu
tetapi aku cukup terhibur mendengarnya.
Ikan di laut
garam di darat,
Dalam kuali
bertemu jua,
Hati terpaut
janji terikat,
Atas
pelamin bertemu jua.
Bercerita tentang cinta, bagi gadis
remaja jika cinta kita tulus dan benar maka tidak sepatutnya timbul isu cinta
monyet. Bagi diriku sendiri, aku percaya dengan wujudnya cinta. Kehadiran dia
tidak menghanyutkan aku atau melalaikan aku malah dia memberikan aku semangat
untuk terus berjaya. Kami bersama-sama mengejar cita-cita demi masa hadapan
masing-masing. Dia juga turut mengetahui akan cita-cita aku untuk menjadi
seorang guru. Kata cikgu, bercinta tidak salah asalkan kita tahu batas dan
tidak leka dek cinta di dunia ini. Jika hati kita sudah terikat dengan
seseorang maka kita perlulah berserah kepada takdir penentu jodoh kita dan
cinta hakiki. Jika sudah ditakdirkan aku untuk dia maka aku menerimanya dengan
redha kerana cinta kami juga lahir dari hati yang suci.
Hehehehehe……riang rasa hati jika
kita dapat merasa kehadiran cinta, tambahan pula ini adalah cinta pertama… Wani
iaitu teman rapat sewaktu di tingkatan 6 ada berkata bahawa, kami sangat
sepadan bak kata pepatah ‘bagai pinang di belah dua’. Aku merahsiakan hal cinta
aku daripada pengetahuan orang tua ku. Takut nanti dimarahi pula
hehehe…kadang-kadang rasa kelakar bercinta secara senyap-senyap ini. Kami
berhubung curi-curi, rasa berada pada zaman dahulu pula. Takut dapat di hidu
oleh keluarga.
Paannnggggggg…..satu tamparan yang
bagi ku sangat sakit jika terkena kepada aku. Pada hari itu, sahabat ku Izat di
tampar oleh guru disiplin sekolah. Seribu pertanyaan muncul di fikiran ku,
Kenapa? Apa? Bagaimana?. Kasihan aku melihat, ah!!! Cikgu itu tak sepatutnya
tampar Izat di hadapan rakan lain bukankah akan menjatuhkan maruahnya. Setelah
aku bertanya kepada rakan lain, mereka berkata Izat ditampar kerana dia tidak
mengaku mencuri. Ha? Benarkah Izat mencuri? Setahu ku Izat bukan begitu. Pasti
berlaku salah faham di sini. Setelah keadaan beransur reda, aku menghampiri
Izat dengan cara yang teratur dan aku menegurnya.
“Izat,
boleh aku duduk di sini”. Sapa ku perlahan.
“Hurmmmmm….boleh”.
Sahut Izat bernada sayu.
“Benarkah
kau mencuri? Aku bukan apa, aku dengar kau ditampar kerana tidak mengaku
mencuri duit Siti. Benar atau tidak?”. Tanya ku tenang.
“Hasni,
aku bercakap benar bahawa aku tidak mencuri. Kebetulan aku dilihat membuka beg
Siti pada waktu Siti tiada. Itu menjadi punca aku dituduh sedemikian. Sumpah!
Aku tak buat semua tu Hasni! Aku bercakap benar”. Jawab Izat bernada serius.
“Ooooo…begitu
rupanya, tapi kenapa kau membuka beg Siti?”. Hairan aku.
Merah
padam muka Izat setelah aku tanya soalan sedemikian, aku hairan mengapa Izat
membuka beg Siti. Mesti ada sesuatu yang Izat ingin lakukannya. Aku mulai
musykil dengan Izat, mungkin tidak patut aku mengesyaki yang buruk-buruk tetapi
tindakan dia membuatkan orang berfikiran negatif.
“Baiklah,
aku cerita tapi kau perlu rahsiakan. Aku malu untuk bercerita, aku juga malu
untuk bercakap benar dengan cikgu. Sebenarnya, aku membuka beg Siti kerana aku
ingin meletakkan surat yang menyatakan aku suka padanya. Hasni! Kau kenal aku
kan, aku malu hendak berterus terang. Aku tak sangka hal ini pula yang berlaku,
surat itu aku tak jadi letak sebab aku takut Siti tolak aku. Aku ambil semula
surat itu, beberapa jam selepas itu cikgu terus memanggil aku dan aku dituduh
mencuri. Sumpah! Aku tak buat semua itu”. Kesal Izat.
Kasihan
aku melihat Izat, ramai kawan-kawan memikirkan dia bersalah. Siti pula menangis
kerana duit yang hilang adalah duit kelas kami. Aku berharap sangat hal ini
dapat diselesaikan kerana aku percaya akan Izat. Aku percaya Izat tidak
melakukan hal ini.
“Sabar
ya Izat, aku percaya kau tak buat. Mengenai hal suka Siti itu, kau perlu
berterus terang padanya. Bukan dengan cara itu. kalau niat kita ikhlas kita
akan dibalas dengan cara yang baik tidak kisah lah kita diterima atau tidak.
Kau terus terang dengannya dan buang perasaan malu itu. Hal curi pula, jika kau
berada di pihak yang benar usah takut. Percayalah sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jadi kita tunggu sahaja kes ini selesai”.
Jawab ku panjang lebar. Izat hanya diam seribu kata, sekadar mengangguk sahaja.
Apa yang aku tidak puas hati adalah
tindakan cikgu disiplin itu. Sehingga menampar pelajar di hadapan rakan lain.
Sedangkan Izat mengaku tidak bersalah. Ya, mungkin Izat tidak bercerita hal
yang sebenarnya tetapi tindakan guru itu tidak sepatutnya berlaku. Izat
sepatutnya di siasat bukannya di tampar. Hal yang berlaku ini membuatkan aku
lebih berfikiran positif. Aku bertekad jika suatu hari nanti aku menjadi
seorang guru, aku tidak akan melakukan tindakan sedemikian rupa tanpa usul
periksa.
Selang beberapa hari, kes kecurian
itu selesai. Faizal tiba-tiba mengaku mencuri duit itu, cikgu disiplin itu pula
datang berjumpa Izat dan memohon maaf. Izat dengan mudah memaafkan guru itu.
Aku melihat guru itu, timbul rasa tidak puas hati kerana tindakan dia yang
melulu itu. Izat yang baik hati itu memaafkan guru itu, bagi ku pula cikgu itu
tidak patut menjadi guru yang sebegitu. Hal ini demikian kerana tindakan dia
akan merosakkan imej atau etika keguruan. Rasa meluap-luap aku untuk menjadi
guru semakin memuncak. Guru perlu bertindak sewajarnya, misalnya pelajar itu
bersalah sekalipun tidak perlulah menggunakan tindakan fizikal yang terlalu
kasar. Bagi ku, cukup sekadar jika pelajar dikenakan tindakan tatatertip sahaja
seperti yang kementerian tetapkan iaitu jumlah mata kesalahan. Kes-kes yang
berlaku di sekolah, ketika aku tingkatan 6 ini membuatkan aku terfikir bahawa
guru zaman moden ini memerlukan emosi yang sangat stabil kerana emosi sangat
mempengaruhi tingkah laku kita. Ya! Aku sendiri perlu menjaga emosi aku bermula
dari sekarang kerana aku ingin menjadi seorang guru yang baik.
Kegembiraan sewaktu di tingkatan 6
berlalu dengan begitu pantas. Tanpa sedar peperiksaan STPM semakin hampir. Aku
mula ‘study hard’, satu kelebihan
bagi ku adalah aku tinggal di asrama. Aku memanfaatkan masa belajar aku secukupnya,
belajar berkumpulan juga boleh membantu aku untuk belajar. Setiap malam aku
bersama-sama rakan menelaah buku-buku untuk mencari input demi mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Bertukar-tukar pendapat mengenai subjek-subjek
yang berkaitan membuatkan kita lebih faham malahan makin bertambah ilmu yang
dipelajari atau dibincangkan.
STPM tinggal 5 hari sahaja lagi,
kami sekelas membuat sedikit jamuan untuk guru-guru yang mengajar kami. Tanda
ucapan terima kasih dan mohon keberkatan ilmu yang diajar. Kami menghabiskan
masa bersama-sama sebelum menghadapi peperiksaan. Bagi ‘boyfriendku’ pula, aku membuatkannya kad yang tidak seberapa untuk
memberi semangat kepadanya ketika menduduki peperiksaan. Dia juga turut berbuat
demikian, aku sangat mengharapkan hubungan kami berkekalan. Sejenak aku
teringat akan cikgu Yani. Oh! Aku terlupa untuk menghubunginya. Dia perlu ku
hubungi untuk mendapatkan kata-kata semangat. Tanpa berfikir, aku menuju ke
telefon awam yang berada tidak jauh dari dorm
di asrama.
Tut tut….tut tut…. tut tut… lama
juga telefon berbunyi, baru aku dengar suara cikgu kesayangan ku itu. Hasni!,
awak boleh! cikgu sentiasa doakan kejayaan awak. Kata-kata cikgu Yani membuatkan
aku lebih yakin. Aku akan buktikan yang aku akan berjaya, UPSI akan menjadi
destinasi aku seterusnya untuk aku menggali dan terus menggali ilmu yang ada.
Minggu peperiksaan pun bermula, aku bersedia dari segala aspek. Alhamdulillah,
aku boleh menjawab dengan tenang dan selebihnya aku bertawakal sahaja kepada
Allah S.W.T.
Setelah hampir 3 bulan berlalu,
keputusan STPM diumumkan. Aku sangat takut untuk mengambil keputusan
peperiksaan. Risau juga jika tidak mendapat keputusan yang diharapkan, aku
tenung slip keputusan ku itu. Alhamdulillah, syukur sangat. Aku mendapat 2A 3B,
cikgu kata aku layak memohon UPSI. Cikgu Yani tidak putus-putus mengucapkan ucapan
tahniah. Setiap malam aku berdoa dan bersolat hajat agar permohonan aku untuk
ke UPSI tercapai. Sehinggalah pengumuman kemasukan IPTA sesi julai 2010-2011
diumumkan. Aku berjaya! Aku diterima masuk ke UPSI. Satu kucupan ke pipi ibu
dan ayah aku berikan kerana terlalu gembira. Aku akan menjadi guru suatu hari
nanti!!!. Aku berasa sangat gembira dan bersyukur kerana di kala aku susah dan
senang ada insan-insan tersayang di samping ku. Kenangan zaman persekolahan
menjadi memori indah dalam hidup ku. Aku akan melangkah ke alam Universiti yang
pastinya lebih mencabar.